Wednesday, 28 April 2021

Perlembagaan Sebagai Tiang Seri Dan Tapak Integrasi

 


                                                                                         




 PROGRAM                    : MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
 TAJUK E-FOLIO          : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK                                                            INTEGRASI

 NAMA PENSYARAH  : SIR MUHD SYAHAZIZAMIR

  SESI                                   : DISEMBER 2020

     

NAMA AHLI KUMPULAN

NOMBOR MATRIKS

FERDILESS LAYAU OSMAN

20DPM20F2030

NUR HAFIDZAH BINTI OMAR

20DPM20F2018

EZZATUL BINTI ABDUL YACOB

20DPM20F2042

NUR ARAFAH

20DPM20F2001







UNIT

ISI KANDUNGAN

1

PENGENALAN

 

2

KONSEP,KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI

 

3.0

3.1

 

 

 

 

 

 

 

 

3.2

3.3

3 PLATFORM INTEGRASI

MAKRO - a)Perlembagaan Persekutuan

                -b)Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

                -c)Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan

                -d)Sekolah Wawasan

                -e)PLKN

                -f)Rancangan Malaysia

                -g)Wawasan 2020

                -h)TN50

 

MESO

MIKRO

 

4

PENUTUP

5

RUJUKAN


                                                                             

               


  


1.PENGENALAN

Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi negara Malaysia. Ia telah digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.Perlembagaan Malaysia ini juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengandungi 183 perkara,ia adalah undang-undang tertinggi Malaysia.

Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri .Undang-undang penting untuk mengawal  tingkah laku masyarakat. Dalam konteks Malaysia ,Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen bertulis dan simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan juga menyediakan asas kenegaraan Malaysia. Perlembagaan direka bentuk atas kerangka asal Tanah Melayu bersandarkan kepada sejarah , budaya dan amalan negara. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ia secara automatik akan terbatal . Perlembagaan digubal di parlimen dengan tiga kali pendengaran (perdebatan).Sesuatu perlembagaan  atau akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.


      



2.KONSEP,KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI

Tapak  integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan. Ada yang wujud di peringkat makro, pertengahan dan mikro.

 

3. PLATFORM INTEGRASI

       PLATFORM INTEGRASI

 a)MAKRO

b)MESO

c)MIKRO


 3.1 MAKRO

a)Perlembagaan Persekutuan

     




·    Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia dan ia dipersetujui oleh pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara. Antaranya , Tunku Abdul Rahman , Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T Sambathan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan.


 




·       Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara , iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan , Islam sebagai agama Persekutuan . Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

·       Raja berpelembagaan menjadi simbol perpaduan , Bahasa Ibunda boleh dipelajari , agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan majoriti.


          
                          
                                                                                                                          


 ·       Keluhuran Perlembagaan dalam prinsip Rukun Negara sebagai ejen penyatuan masyarakat berbilang kaum.

 ·       Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kesamarataan yang amat penting bagi mengelak berlakunya diskriminasi dan ketidakhadiran kepada rakyat. Sebagai contoh , dari segi agama , bangsa , keturunan dan jantina.

 ·       Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 mengandungi 5 prinsip

·       Perlembagaan mengandungi asas – asas persetujuan dan persefahaman antara pelbagai bangsa yang hidup di negara. Selain itu , Perlembagaan juga mengiktiraf hak warganegara semua bangsa , ia juga memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera , Bahasa Melayu , agama Islam dan sultan – sultan Melayu merupakan penduduk dan pemerintah asal serta agama yang diamalkan kaum Bumiputera Tanah Melayu.

         

b)Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional


·            Mencari penyelesaian terhadap isu – isu perkauman dan agama yang boleh menyebabkan perpecahan kaum dan memupuk pendamaian di peringkat akar umbi melalui khidmat ( MK ) di seluruh negara.


·     Meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip – prinsip Rukun Negara kepada pelajar – pelajar sekolah di 6662 Kelab Rukun Negara (KRN ) di sekolah rendah dan menengah dan 169 Sekretariat Rukun Negara ( SRN ) di peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh negara.


·       Mewujudkan pasukan pemantau isu – isu semasa perpaduan di media sosial. Mengelakkan dari penyebaran berita – berita palsu , negatif dan berunsur fitnah supaya dapat meyakinkan masyarakat agar tidak mudah percaya dengan isu dan berita sensitif mengenai 3R yang dimainkan dalam media sosial dan inisiatif ini akan diperluaskan ke peringkat akar umbi dengan penglibatan Rukun Tetangga.


·       JPIP dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi dan di antaranya adalah Kementerian Dalam Negeri , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Seni dan Budaya , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan beberapa agensi lain yang berkaitan. 







c)Sekolah Wawasan


·       Sekolah wawasan merupakan satu konsep sekolah rendah yang boleh mewujudkan persekitaran yang memberi peluang secara langsung kepada murid – murid dari pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dengan lebih bebas.

·       Strategi pelaksanaan sekolah wawasan adalah membina sekolah baru di kawasan yang ramai penduduk berbilang kaum. 












          ·        Ciri keistimewaan sekolah wawasan ialah kemudahan sekolah seperti padang permainan dan kantin diguna secara usahasama. Kepakaran guru yang ada digunakan secara berkongsi dan optimum.



d)Memperkasa Sekolah Kebangsaan


·       Tidak mengetepikan proses penguasaan Bahasa Ibunda masing – masing dengan melatih lebih ramai guru bagi mengajar Bahasa Ibunda pelajar Cina dan Tamil di sekolah – sekolah kebangsaan. Ini telah dilakukan dengan kerajaan.

  ·       Mengadakan program interaksi antara sekolah di samping mengelakkan perkara – perkara berunsur perkauman berlaku dan memasukkan unsur -unsur interaksi etnik ke dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan etnik lain.






                    
e)Program Latihan Khidmat Negara

·       PLKN dilaksanakan mulai 16 Februari 2004.


·    Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga ( JKMKT ) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 2002.
·       Objektif PLKN adalah dapat menanam semangat patriotisme di kalangan generasi muda mahupun remaja dan ianya juga menanam semangat kesukarelaan di kalangan remaja.
·       Implikasi PLKN terhadap kaum adalah ianya dapat mengetahui adat , budaya serta cara beragama pelbagai kaum dan toleransi setiap individu dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.
      

·  PLKN pula adalah ianya dapat disertai oleh lelaki dan wanita yang pelbagai kaum dalam lingkungan umur 16 – 35 tahun. Tempoh masa bagi melaksanakan PLKN adalah tidak melebihi 6 bulan. PLKN amat mengutamakan semangat muhibbah dan ianya juga tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan


       

     

f)Rancangan Malaysia

·       Pihak kerajaan menitikberatkan isu ini dalam setiap rancangan pembangunan Negara yang dirancang setiap lima tahun. Justeru itu , bagi mencapai objektif tersebut , kesemua rancangan pembangunan lima tahun Negara selepas DEB diteliti dan dianalisis bagi menyokong fakta bahawa kerajaan memandang serius akan isu ketidakseimbangan kaum dalam pembangunan ekonomi Negara.

·       Terdapat faktor – faktor seperti kepelbagaian budaya dan pemikiran sesetengah kaum masih lagi menebal menyebabkan integrasi dan perpaduan nasional di peringkat bawahan kurang berjaya.  Mungkin pihak kerajaan perlu mengadakan lebih banyak program kesedaran untuk mengubah pemikiran masyarakat Malaysia bagi mengurangkan sikap individualistik , etnosentrik , perjudis dan stereotaip.

   


    





g)Wawasan 2020


        









·    
Diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1991 dengan merangka tempoh pembangunan Malaysia yang moden akan diperoleh sepenuhnya menjelang 2020. Sembilan matlamat wawasan ini dijadikan cabaran perdana untuk semua warga Malaysia menghayatinya. Sembilan cabaran tersebut ialah :


 

        i.            Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.

     ii.            Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas ,  tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri , bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

  iii.            Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

   iv.            Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya.

     v.            Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.

  vi.            Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif , mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan.

 vii.            Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.

viii.            Pengagihan kekayaan Negara secara adil dan saksama.

   ix.            Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing , dinamik , giat dan kental.



h)Transformasi Negara ( TN50 )


·       TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan Negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 sehingga 2019.

·       Usaha TN50 mengubah Negara menjadi Negara berpendapatan tinggi banyak tergantung kepada kutipan cukai , pelaburan dan pinjaman luar bagi mewujudkan pekerjaan baru dan sebagainya bagi kawasan – kawasan luar Bandar.

·       Kejayaan TN50 bergantung kepada keharmonian kaum dan integrasi nasional yang kukuh dalam masyarakat.





3.2 MESO

(PERANAN NGO)

        (Mingst,2004) menakrifkan NGO secara umumnya adalah swasta,pertubuhan sukarela,ahli-ahli adalah individual atau persatuan yang datang bersama sama untuk mencapai tujuan yang sama. NGO mempunyai entiti yang pelbagai terdiri daripada organisasi sepenuhnya tempatan atau organisasi akar umbi yang ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan merentasi dunia. NGO merupakan “sektor ketiga” mewakili masyarakat sivil dan beroperasi dalam persekitaran yang semakin berdaya saing pada hari ini.

          Terdapat empat ciri utama badan bukan kerajaan (NGO) iaitu bersifat sukarela, bukan kepartian, tidak bermatlamatkan keuntungan dan tidak melakukan aktiviti jenayah. Manakala (Goldie, 1997) telah menyenaraikan tujuh ciri NGO untuk membezakan dengan pertubuhan yang lain iaitu:











 3.3


 RUMAH TERBUKA







  PENERIMAAN BUDAYA





·       Peranan rukun tetangga

-          Mengalakkan hubungan kaum dan integrasi nasional

-          Meningkatkan kualiti kehidupan melalui perkhidmatan sosial, terutama kepada golongan pendapatan rendah, kurang upaya dan sebagainya.



   TAPAK INTEGRASI TIDAK RASMI


-          Rakyat Bersatu dalam mematuhi prosedur operasi

-          Ingat mengingat  dalam aspek penjarakan sosial

-          Menghormati pasukan keselamatan dan anggota barisan hadapan serta bersedia menawarkan diri sebagai sukarelawan.

 

RUKUN TETANGGA

  •    MPP sewajarnya menggalakkan mahasiswa mengikuti perpaduan atau sektretariat rukun negara dengan pengecualian kredit sebagai keistimewaan
  • Aktiviti kokurikulum seperti program sukan, ceramah, pameran perlu dipergiat dan dipertingkatkan di kalangan mahasiswa pelbagai kaum.
  •   Contohnya: kawad kaki beruniform
  •    Aktiviti khidmat masyarakat merupakan peranan penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman antara semua kaum
  •    Contohnya : gotong royong




-          4.PENUTUP

Integrasi kaum memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan negara kita. Oleh hal yang demikian,kerajaan telah menjadikan sektor pendidikan sebagai medium dalam memupuk nilai integrasi yang kuat di antara kaum-kaum di Malaysia.

Selain itu,kita perlu mengaplikasikan pelan integriti nasional. Melalui pelan ini kita dapat mengikuti program yang boleh menguatkan lagi integrasi yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia.

           Dari segi budaya etika dan integriti ini kita dapat membina sebuah organisasi yang utuh dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan semua rakyat memperlaksanakan apa jua program yang disertai. Dengan ini matlamat masyarakat akan lebih mementingkan untuk memupuk nilai integrasi dalam kelompok-kelompok masyarakat yang berbilang kaum.




-          5.RUJUKAN

 

Noraini,(2010) Researchgate. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/326987913

 

Anis Nabila, M. (2020,Julai 1).Berita Nasional Malaysia. Retrieved from Keluhuran Perlembagaan pengikat perpaduan negara:

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1856171Baharuddin,S.A.

 

Hasnah, H. (2018). INTEGRASI KAUM DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN.

International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 58-73

 

Kartini , A, & Rachel , C. (2018). Dasar-Dasar ‘Top-Down’ dan Mekanisme Binding Differences and Diversity: Akal Budi Alam Melayu (pp. 127-142).

Institut Kajian Etnik, UKM

 

Makmor, T., & Robi, N. (2017). Sejarah dan Perkembangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia. Jurnal Sejarah, 161-176.

Mansor Mohd Noor (Prof. Dr.) Prof Madya Dr.Mohd Sobhi Ishak,2019. IPNas: Model Integrasi Kesepaduan Nasional Rakyat Malaysia.

 

Mingst, K. (2004). Essentials international relations. New York: W.W Norton & Company.

 

KRT Padi Ria BBU. (n.d.). Retrieved from Skim Rukun Tetangga:

http://krtpadiria.blogspot.com/p/pengenalan-skim-rukun-tetangga.html



                                                         

 














Perlembagaan Sebagai Tiang Seri Dan Tapak Integrasi

                                                                                             ...